Monday, April 27, 2009

KERAJAAN PERPADUAN-PAS KEMARUK POLITIK



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

KITA berbicara tentang masa depan politik Pakatan Rakyat semakin hari kian terserlah. Nampaknya pemimpin-pemimpin PAS pula mulai meracau dan tiada konsisten. Ketidakmatangan PAS berpolitik mengakibatkan mereka sering terperangkap. Persoalannya sekarang mengapakah PAS sikit-sikit ashik membangkitkan soal perpaduan dengan UMNO-BN. Saya hairan dengan pendekatan tokoh-tokoh PAS berpolitik sejak mutakhir ini mengapa ketagih sangat dengan UMNO-BN. Waktu rakyat mulai cenderung parti politik Pembangkang. Mereka pula berminat dengan UMNO-BN?? Ini pelik dan ajaib sekali. Bukankah masa depan politik Pembangkang mula diminati rakyat. Dan Pakatan Rakyat manpu memerintah Malaysia, insyallah jika diizinkan Tuhan selepas pilihan raya ke-13 akan datang. Habis kenapakah pula PAS semakin ashik mahu bekerjasama dengan UMNO. Timbul isu-isu muzakarah, kemudian tukar kepada Mukabalah. Sekarang timbul pula Kerajaan Perpaduan. Kesemuanya ini detik-detik kacau bilau pemikiran pemimpin-peminpin besar PAS yang akhirnya akan mengakibatkan Barisan Pakatan Rakyat punah ranah. Selepas itu pakat bermuhasabah dan menghetong kekalahan.

Lupakan UMNO-BN. Pertingkatkan usaha kita bagi memperkemas dan memperkasakan lagi Pakatan Rakyat agar menjadi lebih kental dan kukuh sekali gus kita akan tamatkan riwayat UMNO-BN yang sudah ditolak oleh rakyat. Kenapakah pemimpin-pemimpin utama PAS dewasa ini mahu lagi mencari perangkap dan nahas? Kalau cara ini rentak pola pemikiran politik pemimpin-pemimpin PAS, saya optimis lihatlah musibah akan menimpa parti Islam itu.
KITA BOLEH TIPU SESEORANG DALAM SATU-SATU MASA, KITA BOLEH TIPU SESETENGAH ORANG DALAM SESETENGAH MASA. TAPI, INGAT KITA TIDAK BOLEH TIPU SEMUA ORANG DALAM SEMUA MASA.

PAS hendaklah fahami agenda permaufakatan Pakatan Rakyat, usahalah mencari isu-isu yang mengakibatkan rakan-rakan dalam parti Pembangkang melihat kita tiada konsisten. Kalaulah ketagih sangat hendak bersatu dengan UMNO. Kenapa sekarang dalam waktu rakyat mahu bersama dengan parti oposisi. Ini yang peliknya sikap pemimpin-pemimpin PAS yang mengakibatkan ianya merugikan masa depan agenda parti itu sendiri.

Kalau ketagih sangat hendak bersatu dengan UMNO. Usahalah sungguh-sungguh, jangan berdolak dalih. Bersatulah dengan UMNO kalaulah itu lebih baik. Lupakan Pakatan Rakyat. Bentuklah Barisan Nasional sepertimana berlakunya gabungan komponen PERIKATAN-PAS selepas pilihana raya 1969. Bahagilah kerusi-kerusi Pak- Pak Menteri, kemudian perintahlah negara Malaysia tercinta ini, kalaulah itu lebih baik daripada bergaduhnya orang-orang politik Melayu. Boleh jadi saranan Hj Hadi bagi mencari formula kerajaan Perpaduan itu difikirkan baik. Usahalah bersungguh-sungguh wahai pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO. Kerana rakyat sudah bosan dengan lakunan tersebut.

2 comments:

BukanUMNO said...

Assalamualaikum, sabar dulu sheikh, tok guru bukan nak gabung buta, ada syarat, dan syarat tu BN takkan bole terima, jadi gabungan tak mungkin berlaku... inilah yg dinamakan penawaran, di akhirat besok akan ditanya apa yg kita (pemimpin atas gerakan Islam) dah buat, tawaran dah diberi, tapi telah ditolak, maka layaklah diasingkan mana munafiq dan mana yg beriman. Sekian...

Anonymous said...

sedap mulut cakap.. saper punyer pasal PAKATAN RAKYAT jatuh di perak??? ni bukan soal pas matang ke tak, sbb tu hak dia nak bincang ke tak..lgpun tok guru lagi arif la.. yg PKR tu satu hal, pilihla calon yg betul2 sesuai..dua kali lima ngan UMNO jer..baik DAP lagi !!!