Saturday, August 29, 2015

POLITIK PAS SEMAKIN SUMBANG







OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


SUDAH pasti mimpi PAS bila melihat kejayaan bersih 4.0 hari ini dan insyallah besuk kemuncaknya lebih ramai lagi menjadikan mullah besar Rusila tidur mereka malam ini semakin tidak nyenyak.  Kalau sebelum ini ia diganggui dengan nyamuk-nyamuk kecil. Hari ini dan besuk mullah-mullah PAS menjadi kian bertambah gelisah. Mereka menjangka himpunan bersih kali ini tanpa penyertaan mereka tidak akan berjaya. Namun, keadaan apa yang dilapurkan hari ini ia berlaku di sebaliknya.

Sekalipun tanpa PAS ia tetap mendapat sambutan. Walaupun fatwa-fatwa turut di keluarkan di mana himpunan tersebut dikatakan haram. Fe'el PAS selalunya terbalik kuang, kalau dipihak mereka lakukanlah apa pun ianya sah dan halal namun di pihak yang berbeza pendapat dengan mereka mulai menghukum haram. Dulu dari bersih 1.0-2.0-3.0 halal belaka. Kini dalam bersih 4.0 mereka tidak ikut serta dilebalkan "haram" pula.

Sejarah baru politik Malaysia kini bermula. Kali ini orang-orang Cina menguasai perhimpunan tersebut. Selebihnya disertai oleh anak-anak muda Melayu. PAS kali ini terpaksa berpuas hati sekadar menjadi penonton-penonton di peti TV di rumah masing-masing. Besuk malam mullah-mullah mereka akan berkokok di pentas-pentas Surau kemungkinan akan berhujah bahawa demi Allah mereka terselamat dari dosa kerana tidak mengikut serta dalam perhimpunan bersih 4.0. Kata mereka Allah bersama mereka dan sikap  tidak menyertai perhimpunan tersebut juga mendapat redoi Ilahi. Kemudian para makmun yang jengkel akal dan ilmu akan bertempik sorak "Allahuakhbar".

Justeru mereka tidak menyedari tanpa menyertai bersama dalam himpunan tersebut ia amatlah menyeronokkan sekali oleh penguasa-penguasa UMNO. Tidak menghairan kita semua, PAS kini sudah tergila-gila malah mullah-mullah mereka pantang terlelap mata akan termimpi-mimpi kenikmatan dan keenakan berasmara dengan penguasa-penguasa UMNO yang berkuasa dan kaya raya. Mereka mulai lupai apa yang mereka sering laung-laungkan sebelum ini tidak ada perbezaan dalam usaha sama bagi menentang pemerintahan zalim. Itulah sebahagian penampilan sikap hipokerik/kemunafikan mereka. Bersetuju bila MP PAS, Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengatakan "Meninggalkan PAS tidak bererti meninggal islam".














Monday, August 17, 2015

BERITA MENYERONOKAN PRO ULAMAK KUMPULAN HADI


 


 



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

AKHIRNYA apa yang dinanti dan ditunggu-tunggukan telah mendapat jawapan. Parti islam baru yang akan tanpil memenuhi wadah permaufakatan pembangkang yang dimangkatkan(dikuburkan) selepas muktamar PAS ke 61 akan lahir menjelang hari kemerdekaan negara.

Dipercayai parti islam baru alternatif kepada keseluruhan umat islam, lebih-lebih lagi kehadirannya bertujuan mengambil alih peranan parti islam se Malaysia(PAS) yang sudah berpisah dengan Pakatan Rakyat.Parti islam yang dikhabar anginkan itu diberi nama sebagai parti Amanah Rakyat.

Kehadiran wadah baru politik islam, sekaligus ia turut menyelesaikan sama sekali penyakit kronik yang menjadi virus dalam parti islam seMalaysia itu. Tentulah sekali yang menyeronokan mullah-mullah dari Rusila. Tidak lagi nyamuk-nyamuk berkeliaran dalam kelambu mereka. Selepas ini mullah-mullah besar dari perkampungan Rusila akan pasti tidur nyenyak dilamunan mimpi berulikan puteri sang bidadari dari Syurga.

Anak kecil mullah di Kota Bahru juga tentunya amat bergembira sekali bila mendengar puak-puak jebon dan munafik itu sudah menubuh parti islam baru. Maka berangrialah mullah Nik Abduh dan mullah Nik Amar. Tugas mereka bagi membenankan puak-puak jebon sekular keluar dari PAS sudah selesai. Bak kata sudah tercabutnya duri dalam daging selama ini. PAS akan kembali kuat serta merta. Kita akan dapat melihat dan menyaksikan pasca bermulanya tokoh-tokoh baru PAS yang hebat-hebat belaka, mereka akan menjadi lebih menonjul daripada puak-puak jebon sekular yang jijik dan kotor, kerana kata mullah Nik Abduh mereka sudah tidak dilindungi dan dibelakangi lagi, dan kini mereka di barisan depan.

Berakhirlah sudah penyakit dalam PAS dapat diubati. Mana-mana ahli PAS dalam semua peringkat secara otomatik akan gugur keahlian mereka apabila masing-masing puak jebon sekular itu bersama dengan parti baharu mereka. 

Kita tidak akan kedengaran lagi teriakan suara mullah Nik Abduh dan Nik Amar disetiap pagi-pagi buta apabila bangun dari tidur belum bergabus tahik mata, memekik-mekik dan menjerit-jerit mendesak kepada sesiapa yang tidak selera dengan PAS boleh keluar parti tersebut. Dalam sejarah 35 tahun saya selaku pengamal media tidak pernah kedengaran mana-mana pemimpin parti politik di negara Malaysia ini saban hari serta saban pagi menjerit-jerit bagi menghalau ahli keluar parti. Melainkan perangai berhinggus anak-anak mullah PAS yang seronok kerana mendapat kenderaan buruk yang sebelum ini memaksa si abang mereka melemparkan kenderaan buruk buat mereka untuk menginderainya. Shabas kumpulan profesional progresif yang berjaya akhirnya tanpil dengan tanzil(wadah) baru islam yang bersifat inklusif(rahmatan li alamin).

Saya penuh yakin bantera baru ini akan menggantikan wadah PAS yang telah lama ianya lebih terbuka dan inklusif . Dan PAS dari se buah parti yang dilihat terbuka ketika dipandu oleh almarhum Hj yusof Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Tok Guru Hj Nik Abdul Aziz, kini era mullah Hadi dan konco-koncunya seperti Harun Din, Ahmad Yaakob, Dr Mahfuz, Nik Abduh, Nik Amar, dr Khairudin ,Tantawi(siku dan lutut),Nik Zawawi, Zaharudin Abdul Rahman, Tuan alim besar mullah Mokhtar Senik, dan lain-lain menutup pintu keterbukaan PAS. Kembali PAS kepada wasilah kolot dan kunu sekaligus menjadikan PAS era ulama dan geng ustaz tidak relevan lagi.

Insyaalah parti islam baru yang menjadi entiti sudah pastinya saya percaya akan mampu menyangi PAS. Perteruskanlah wadah politik islam yang baru yang inklusif dan kondusif untuk tempat berpautnya jenerasi muda hari ini. Wadah terbuka dan boleh diterima oleh pelbagai kaum di negara Malaysia yang terkenal dengan pelbagai ras dan ektnik, pelbagai budaya, agama dan bangsa. Saya harapkan wadah islam pimpinan golongan profesional akan dapat diterimai oleh kesemua rakyat di negara ini yang cintakan keadilan dan kesejahteraan hidup serta benci sekali dengan sistem pemerintahan yang dapat dilihat seperti sekarang.

Akhir sekali salam saya kepada mullah besar di Rusila. Bergembiralah tuan dengan anak-anak baru yang putih bersih yang menyelinari dan menyelusuri di celah-celah ketiak tuan. Dan tidurlah dengan nyenyak sekali kerana dalam kelambu tuan sudah tidak ada lagi barang seekor nyamuk yang akan menganggui mimpi tuan bersama sang puteri bidadari dari syurga jannah. Dan ingatlah tuan dan puak-puak tuan sudah berada selangkah di pintu syurga.

Sunday, August 16, 2015

HANCURNYA PASCA MUKTAMAR PAS KE 61


 






OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

PASCA Muktamar PAS ke-61 memperlihatkan keberkecamukkan berlaku dalam PAS dan PR. Pro ulama kembali menguasai hareaki kepimpinan tertinggi parti. Profesional didikan tokoh politik moderate PAS almarhum Datuk Fazil disingkir secara drastik dari mewarisi teraju parti. Masa depan legasi didikan Ustaz Fadzil tidak ujud lagi dalam PAS dewasa ini. Pro ulama mewakili kebanyakan tokoh-tokoh baru kepulangan dari Azhar yang dikenali sebagai para ustaz muda(cop ayam) kini mendapat tempat dan menguasai kepimpian masa depan PAS.

PAS kini mula melalui pasca baru kembali ke zaman ortodok, memasuki semula era exstrem. Kembali ke konteks zaman lapuk ala politik pak lebai kampung di pasca 60&70an. Menggelungsur ke bawah melupakan hasrat menawan Putrajaya. Dengan megah, angkuh mengatakan PAS pro ulama mampu berdiri sendiri, kini PAS sudah kuat(Timbalan Menteri Besar Kelantan). PAS meninggal Putrajaya, lantaran selepas pasca Muktamar ke 61, bahtera baru(putih bersih) dikepalai Datuk Presiden Hj Hadi dan Mursidul Am PAS, Datuk Harun Din bersama bahtera baru mulai memasang layarnya untuk berlayar jauh sekalipun terpaksa merempuh gelombang ombak sumedara luas tidak bertepi. Matlamat mereka bersatu hati bersama belayar nun jauh biar seribu tahun lagi asalkan perjalanan mereka direda ilahi. Bukan Putrajaya yang hendak mereka cari tetapi mahu menyelamat kumpulan baru pro ulama belayar mencari kunci pintu syurga.

Kemenangan bukan segala-galanya. PAS masuk pilihanraya anjuran parti pemerintah bukan tujuan dan matlamat kemenangan. Tetapi demi tujuan mendapat reda ilahi. Sekalipun dalam tahun 1986 PAS bertanding hampir 90 kerusi parlimen. Menang satu di Pengkalan Cepa Kelantan(Tok Guru Nik Aziz). Apa kata PAS, mereka boleh meniup ilusi menipu ahli-ahli,  bahawa kemenangan mereka sekalipun satu kerusi tetapi ia mendapat reda ilahi. Kemenangan UMNO-BN tidak bermakna sekalipun memerintah Malaysia kerana ia tidak diredai ilahi.

Ketidakcerdikan pemimpin baru PAS pro ulama cukup ketara sekali. Tindakan emosi melalui Dewan Ulama meresolusikan agenda memutuskan hubungan dengan DAP amat tidak bijaksana sekali. Proses keputusan terburu-buru kini telah memakan diri. Berpolitik tanpa pakar dan kecerdikan amat merugikan. Mengusulkan bagi memutuskan kerjasama dalam Pakatan dipersetujui tanpa dibahasi. Kata Mahfuz usul tersebut disarankan oleh Hadi dan Harun ke muktamar agar dipersetujui tanpa diperbahasi. Satu keputusan amat cetek ilmu berpolitik yang merugikan para ahli. Mahu mencakar DAP tanpa memikirkan risiko implikasi yang terpaksa PAS hadapi.

Khabar berita diketahui DAP, tanpa lengah membuang masa DAP melepaskan peluru besar yang membakar muktamar PAS ke 61. Meminta ahli-ahli PAS yang dilantik DAP dalam jawatan kerajaan negeri Pulau Pinang segera melepaskan jawatan tanpa soal lagi. Tahniah Mat Sabu orang pertama melepaskan jawatan demi prinsip reda ilahi. Shabas Dr Mujahid dan satu dua lagi ahli PAS Pulau Pinang yang mencari reda ilahi. Anda taat kepada keputusan yang diresolusikan ulama PAS. Ulama yang kita misti hormati tanpa berbelah bahagi kerana mereka kata merekalah mewaris para nabi-nabi.

Setelah menyedari hakikat betapa mereka amat cetak berpolitik sesudah bersilat dengan DAP. Maka timbulah suara warisan pro ulama didikan Hj Hadi dan Harun Din, dari bumi terangganu ustaz baru lulusan Azhar mengatakan DAP jangan terlalu gopoh, keputusan belum muktamad. Resolusi itu akan ditentukan oleh Maljlis Syuara ulama(aduh cerdiknya orang ini berpolitik), kemudian suara hebat dari bumi serambi mekah(Nik Amar) kata ahli PAS jangan bertindak gopoh, tunggu dulu keputusan MSU, jangan letakan jawatan sehingga PAS memengeluarkan surat(tak tahu malu). Panglima besar dewan ulama, Dr Mahfuz mengatakan dia tak tahu kenapa tidak dibahaskan pihak muktamar. Kalau di bahas tahulah akan implikasi dan risikonya. Macam nilah ala berpolitik cara ulama. Ditanya Harun Din bila hendak mesyuarat MSU, katanya dia tahu kerana dia bukan Mursidul Am lagi. Tempuhnya sudah tamat, perlu membuat perlantik baru.

Situasi ini perlu diselesaikan segera kalau PAS mahu menutup kesilapan mereka. Rugi besar bukan sahaja di Pulau Pinang ,tetapi juga di Selangor. Bercakap berdegar-degar puak pro ulama perjuangan merdengan eka bukan hendak mencari pulus tetapi redai ilahi. Tetapi bila diminta melepaskan jawatan nampaknya mereka sudah lupa kata-kata dan ungkapan  mencari reda ilahi. Apakah  mereka mahu berorkestra lagi, ahli-ahli PAS tidaklah sebodoh seperti dahulu.

Ketua Pemuda baru lagi cetak akalnya. Sekalipun warisan tok guru, tetapi ahli PAS kena ingat tidak semistinya Nik Abduh akan jadi macam bapaknya Tok Guru nik Aziz. Kurang cerdik itu memang jelas dan nyata. Mahu cuba menyergah DAP dan meminta agar DAP jangan jadi perempuan dan "come onlah" gentmen jadi jantan. Kata dia Pas perempuan(hujah apa macam pondan ni), bercerai dengan DAP tapi pelik masih hendak tidur sebantal dan sekatil lagi. Dah jatuh talak tiga macam mana nak U-turn kembali. Sekarang puak pro ulama yang mencari reda ilahi mula berdolak dalih ke sana kemari. Nampak seseolah macam hendak tarik balik kembali kerana sayang juga dengan perempuan cantik DAP. Nak ajar Ketua Pemuda cara berpolitik bagini. PR itu(adalah rumah), PAS(lelaki)PKR(isteri tua) DAP(isteri muda). Macam ni nik Abduh hang PAS jatuh cerai talak 3 dengan DAP(Isteri muda) macam mana masih nak duduk serumah(PR) lagi. Orang tidak diajar buat macam tu. Kena angkat katil angkut bantal bawa keluar dari rumah lama(PR) cari dan tumpang mana-mana rumah baru(UMNO boleh kut puak UG ada di sana) boleh menikah sekali lagi sekalipun janda tua itu sudah diceraikan pada tahun 1977/78.

Ingat baik-baik Ketua pemuda baru pro ulama, kalau nak balik semula dengan isteri muda(DAP) adat orang/islam ceritanya kena cari "Cina Buta". Nak buat apa "Cina Buta", saya pun tidak tahu sangat dengan "Cina Buta" tu, tapi tahu juga sikit-sikit. Macam ni Nik Abduh kalau PAS nak menikah semula setelah melafaz cerai talak tiga. Kena cari "Cina Buta". Persoalannya di sini siapa yang boleh jadi "Cina Buta". Senang saja Nik Abduh, dengar sini baik baik, "Cina Buta" tu Majlis Syura Ulama(MSU), bila bermesyuarat dan MSU jadi "Cina Buta" bolehlah PAS bernikah semula degan DAP. Lepas tu boleh masuk rumah(PR) dan tidurlah sebantal dan sekatil PAS dengan DAP. Macam tu kisahnya Nik Abduh. Jangan lagi duduk buat ulasan pelik-pelik dalam media sosial. Malu sangat saya nak baca, kalau macam ini cara berfikir ketua pemuda pro ulama yang dikatakan mahu mencari reda allah dan bukan kemenangan dalam berpolitik dewasa ini.

Monday, August 10, 2015

MENGHARAPKAN CAHAYA HUDUD DI HUJUNG TEROWONG GELAP MENANTI SULUHAN AJAIB DARI LAMPU ALADIN UMNO












 OLEH : JAMALUDIN  MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

TIDAK sesiapa boleh menolak Hudud. Sebagai umat islam diwajibkan menerima Hudud tanpa soalan. Kalau suatu ketika dulu PAS menuduh UMNO menolak Hudud, tetapi sekarang PAS boleh bersama-sama dengan UMNO bagi melakarkan Hudud dalam konteks sistem pemerintahan di Malaysia. 

Sekalipun pada asasnya Hudud tidak boleh ditolak oleh sesiapa yang mengakui dirinya sebagai penganut  ajaran islam namun, ia boleh dipersoalkan dalam menyentuh kerangka pembinaan anekmen Hudud. Tidak menjadi satu kesalahan kiranya seseorang itu membahas dan mengkritik kerangka Hudud draf PAS.

Bila berbicara mengenai Hudud. Kita memerlukan perkiraan metametik. Tanpa pengetahuan metametik sukar bagi sesiapa pun untuk meletakan pengharapan mengenai dengan perlaksanaan Hudud di negara Malaysia yang majmuk.

Persoalannya sekarang mampukah PAS melaksanakan Hudud di negara ini. Jawabnya tidak, kalau tidak soalnya kenapa dan mengapa kita katakan PAS tidak berupaya melaksanakan Hudud di Malaysia. Untuk memastikan jawapan ini. PAS perlu bijaksana dalam mengaturkan ilmu metametik. PAS sesekali tidak wajar menjadikan agenda Hudud sebagai bulldozer(The bulldozed of hudud agenda). Jangan sesekali PAS menjadi Hudud sebagai bulldozer bagi merempuh dan menolak sesiapa sahaja dengan hujuh ia adalah hukum Allah.

Perlaksanaan Hudud pertama sekali ia memerlukan satu kuasa pemerintah. Tanpa negara dan mempunyai kuasa memerintah mana mungkin PAS boleh melaksanakan hukum Hudud. Sekarang PAS cuma memerintah Kelantan seunit daripada Malaysia. Sekadar memerintah Kelantan tidak memerintah Malaysia macam mana PAS bagitu gairah sekali menepuk dada berdegar-degar mahu melaksanakan Hudud. Inilah maksud saya PAS hendaklah bersikap bijaksana mengira metametik.

Saya amat pesimis sekali sekiranya PAS mengharap UMNO akan menyuluh lampu ajiab(aladin) yang ada di tangan mereka untuk menunjuk sedikit cahaya samar kegelapan terpancar di hujung terowong demi simpatik UMNO membantu PAS melaksanakan Hudud di Kelantan. Pada saya cahaya aladin itu tidak mungkin sama sekali. PAS jangan sesekali tertipu dengan patamargana dalam kekalutan mereka memperkatakan mengenai perlaksanaan Hudud di Malaysia.

PAS hendaklah bijaksana sekali dalam melakar kejayaan dan kemenangan berpolitik. Apalah lagi dalam kondisi politik UMNO-BN yang amat lemah sekali di mutakhir ini. Peringatan saya PAS misti menghindari daripada melakukan sebarang kesilapan strategis politik yang mengundang risiko amat besar dan buruk sekali padahnya apabila menjadikan agenda Hudud sebagai "bulldozed" bagi merempuh sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dan pandangan mengenai beberapa keperluan yang memerlukan kepada kebijaksaan memperhalusi maslahat dan akibah berpolitik yang korap dan dangkal idea. 

Membunuh "Thaluf al-siasi" dengan hujuh-hujuh ia sudah dilangari dan dicemari kini menjadi tidak syarie, persisnya turut membuntut bahtera perjalanan menuju kepuncak kejayaan tidak menjadi. Berundur dari perjalanan menuju puncak ke Putrajaya tidak boleh diteruskan kerana di sana ianya tidak suci. Kembali 'U-turn' ke persada halaman di perkampungan Rusila, kerana di sana dikatakan adanya tanda-tanda boleh mendapati kunci ke pintu Syurga. Biar empayar PAS tidak tumbuh subur melata di seluruh Semenanjung Malaysia. Namun, seluruh ahli-ahli PAS dituntut mohon redo Ilahi berligar dari ceruk pelusuk di Dungun ke Ke Kota Bahru.

Perjalanan PAS biar seribu tahun lagi, janji kemenangan itu diredai Ilahi. Kini PAS terperosok di suatu ruang di satu sudut yang lemah. Pertarungan berdiplomatik ajaran ilmu "Cai" berlansung di Muktamar ke-61 meninggalkan kesan musibah yang besar. Keseluruhan ahli-ahli jemaah PAS yang konsisten dan berjiwa besar dalam melakari bantera dan kerangka hala tuju PAS dibelasah teruk. Mereka yang puluhan tahun di barisan hadapan yang berjuangan bagi mengangkat martabat menjunjungi kepemimpinan ulama PAS di tuduh sebagai kumpulan puak Sekular. Rahmat Muktamar PAS ke 61 PAS kini dikatakan oleh mullah besar dari Rusila membuat andaian muktamar tersebut kembali berada di landasan yang betul dan benar dalam perjalanan hendak menuju ke pintu Syurga.

Tidak apa lagi yang ada pada PAS kini, cuma mengharapkan janji-janji baru UMNO akan menyokong mereka bagi melaksanakan Hudud di Malaysia. Kini mullah-mullah PAS berpegang pada janji-janji palsu itu. Membunuh kawan dan sahabat seperjuangan kemudian mempergunakan ayat-ayat al-Quran sebagai pendinding diri sendiri sekaligus menuduh rakan-rakan dalam perjuangan sebagai rebah dan jatuh melalui standard penapisan dalam perjuangan PAS. Yang berbeza pandapatan dihalau keluar dari bahtera PAS dan dikatakan mereka itu tidak sesekali layak bersama PAS kerana terkeluar sesudah perjuangan mereka gagal kerana tidak melepasi penapisan. Kini masing-masing mencari haluan baru dengan sejarah perjuangan tersendiri. Selamat tinggal PAS, maaf PAS tidak semua ahli PAS akan sampai ke pintu Syurga melalui bahtera bersama-sama mullah-mullahmu itu.


Tuesday, July 21, 2015

GERAKAN HARAPAN BARU(GHB) MARA KE HADAPAN JANGAN PUSING KE BELAKANG


 OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis bebas
jamalmd09@yahoo.com

KEPUTUSAN sudah muktamad, berkerat rotan berpatah arang. Tidak pilihan untuk undur namun mara terus tanpa berpusing ke belakang. Gerakan Harapan Baru suatu yang amat dinantikan. PAS tidak boleh diperharapkan apa-apa lagi. Biar dan tinggalkan mereka dengan mullah-mullah bertasbih dan berwirid di perkampungan Rusila.

Lupakan sejarah pahit manis. Susah derita melalui satu jarak masa lampau perjuangan yang panjang. Atur  semula strategis,konsistem, jangan memperdulikan anak-anak mullah dari Rusila. Biar mereka mencari haluan tersendiri.

Harapan baru teruskan agenda perjuangan. Perjalanan panjang ke putrajaya tidak boleh diundur dan berpatah balik ke perkampungan Rusila. Biar di singkir, ditolak jatuh dari bahtera yang terpaksa lemas seketika di lautan dalam. Kini bantera baru atas nama Gerakan Harapan Baru. Di sinilah kita bermula. Matlamat tetap ke Putrajaya. Kita tetap mengharapkan kemenangan dan keredaan Tuhan. Percayalah tanpa akal yang cerdik lagi waras, tanpa perancangan berprestej dan strategis, tanpa rencana pemikiran yang idealis dalam mempercaturkan bidak-bidak dalam pantas politik ianya tidak akan ke mana-mana. Biarkan anak-anak mullah Rusila berilusi dan berangan-angan bahawa merekalah yang hanya memahami reda Ilahi.

Mereka memang cukup cerdik. Bertarung dalam gelanggang berpolitik bukan untuk mencari kemenangan,hujah mereka biar kalah asalkanTuhan reda. Jangan menang jika Tuhan tidak reda. Mereka masuk dalam kancah politik negara matlamat bukan ojektif mencari kemenangan. Sebab itu Tuhan sentiasa memberikan mereka  nilai kekalahan. Hujah dangkal anak-anak kecil berkeliaran di bawah lubang ketiak mullah-mullah di Rusila.

Gerakan Harapan Baru teruskan, matlamat misti ke Putrajaya. Kalau berjuang demi untuk kekalahan, tidak apa erti bagi kita. Jangan harapkan mereka, janji mereka biar seribu tahun lagi. Hatta sampai qaimat pun tidak apa. Misi perjuangan tidak berhajatkan matlamat untuk menang. Itu antara seruan anak-anak didikan mullah-mullah dari Rusila.

Matlamat kita wajib menjatuhkan kuasa pemerintahan kejam. Jauh sekali jangan mengsengkongkoli sang penguasa dan pemerintah yang zalim . Kezaliman wajib di tentang bukan bertukar idea kembali untuk hubungan baru kemudian kepingan untuk ketiduran sebantal. Kalau dulu di lebalkan firaun sekarang dikatakan musuh kita itu tidak sejahat firaun dan bolehlah bersama-sama menghirup secawan minuman teh.

Mereka tidak mahu ke puterajaya. Biarkan, jangan perdulikan apa niat mereka. Gerakan Harapan Baru tetap teruskan. Mereka bermudik kembali ke perkampungan Rusila setelah bersama kita melalui sebuah perjalanan jauh. Kerana kata mullah mereka perjalanan hendak ke Putrajaya itu bukanlah sebuah perjalanan yang suci dan di sana tidak akan berjumpa kunci Syurga. Kerana etikanya sudah dinodai dan kotor. Hujah mullah-mullah besar mereka betapa pelayaran ke Putrajaya menjadi tidak syarie. Mereka misti berpatah arang berkerat rotan dan memusing bahtera 360 kembali ke Rusila.

Gerakan Harapan Baru tidak pilihan lagi kita teruskan. Biarlah mereka kata kita sebagai anjing dan serigala menyalak pengembara biarkan. Biarkan mereka kata kita nyamuk yang hanya membuat bising dalam kelambu menjadikan mullah-mullah tidak dapat nyenyak tidur diuliti mimpi-mimpi bersama puteri bidadari disyurga Jannah. Biarkan mereka menspray dan mengasapkan ubat nyamuk sekalipun ainya membakar kelambu. Biarkan apa hendak mereka ungkapkan, biarkan sahaja. Kita terus belayar meninggalkan bahtera mereka. Insyaalah bahtera baru akan berjaya.


Saturday, July 11, 2015

BOKTIKAN PAS TIDAK HIPOKERIT(MUNAFIK)



 





 OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.

SELURUH jawatan perlantikan ahli-ahli PAS di Pulau Pinang  di bawah kerajaan DAP hendaklah bersiapa sedia. Kalau boleh letakanlah jawatan masing-masing, usaha menunggu arahan daripada kepimpinan PAS Pusat. Bukankah orang-orang PAS pro ulama semuanya mencari redai Tuhan. Jangan sampai setiap para pengundi yang mengundi dalam PRU Ke 13 menuduh tuan-tuan  sebagai hipokerit(munafik). Berjuang untuk islam demi reda Ilahi, sewajarnya tuan-tuan segerakan perletakan jawatan masing-masing. Wang ringgit bukannya cagaran, kerana masing-masing berikrar mahu mencari keberkatan reda Ilahi.

Ingatlah wahai ahli-ahli PAS, apakah tuan-tuan masih lunak dengan elaun/gaji di bawah kerajaan DAP. Sebagai ahli PAS saya terasa amat malu sekali dengan sikap hipokerit tuan-tuan. Tuan.tuan bercakap hebat pasal reda Ilahi, bidadari dan Surga Jannah adalah milik ahli-ahli PAS yang setia tidak pernah "wala" kepada mulah-mulah besar di Pantai Timur, berpusat di Rusila. 

Wahai orang-orang PAS yang saya masih kasihi. Hendak tunggu apa lagi.Keputusan sudah muktamad, kerjasama dengan DAP sudah berakhir. Lepaskanlah jawatan perlantikkan di Pulau Pinang. Kalau tuan-tuan masih berdegil saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Sdr Datuk Mafhuz Omar,TUAN-TUAN SEMUA ADALAH HIPOKERIT(MUNAFIK). Kalau sudah sedemikan sikap tuan-tuan, macam mana ikrar bagi menagihi reda llahi. Cinta bersama bidadari di Syurga Jannah. 

Kalau tuan-tuan ada maruah lepaskan jawatan, fulus boleh di cari di mana-mana. Malu saya kepada Lim Guan Eng. Mullah anda berceramah berdegar-degar, bertempik teriak, menjerit "Allahuakhbar"!!!!!!!!!!!. Tanpa segan dan silau tuan-tuan dan mulah-mulah besar anda mendakwa, perjuangan PAS yang tuan-tuan dokongi bukan semata-mata mencari kemenangan duniawi. Tetapi mencari Syurga dan redai llahi. Cakap misti bikin. Lepaskan jawatan segera. Mulailah sekarang, jangan dengar cakap dengan mulah-mulah anda di Kota Bahru supaya tunggu surat dulu. Kalau tuan-tuan bermaruah sebagai ahli, jangan jadi macam mulah-mulah tuan-tuan, mereka orang poltik yang berselindung dengan islam. Yang pastinya mereka bercakap paling tidak serba bikin.

Nasihat saya ini, kerana bimbang takut tuan-tuan yang menagih redai Allah itu tidak direstui Ilahi. Sebaliknya reda Ilahi diberikan Allah kepada sahabat kita iaitu UMNO-BN. Jangan nanti anda tidak sampai ke Syurga,  menjadi kempunan sebaliknya tersadai bersama mulah-mulah anda menjadi pengemis di pintu Neraka.

Tuesday, June 9, 2015

PASMA SELAMATKAN LEGASI ANAK DIDIK FADZIL NOOR


 JAMALUDIN BIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

APA yang dinanti-nantikan sudah terjawab.Muktamar PAS ke 61 telah selesai melabuhkan tirai.Legasi anak-anak didikan Almarhum Dato Fadzil Noor telah dihumban keluar dari bahtera pelayaran menuju ke pintu syurga. Se barisan mereka selama 30 tahun berhempas pulas merempuh gelombang. Kini mereka dicampakkan ke tangah tengah lautan sumudera yang dalam dan luas. Bahtera baru yang bercahaya putih bersih dikemudikan Dato Presiden yang suci kini kelihatan setapak sudah menuju pintu ke syurga.

PAS yang kini sudah disuci bersih jangan sesekali dipaliti kekotoran lagi.Kotakan janji yang diputuskan Dewan Ulama menuntut perceraian talak tiga dengan DAP.Bila bercerai lazimnya kita orang Islam tidak boleh tidur sebantal lagi.Kalau mahu bercerai dengan DAP kenapa seharus masih mahu bersama dengan Pakatan.

Jika masih ada maruah dan moral PAS sudah sampai masanya mengungkapkan salam"Soyanara"(selamat tinggal)Pakatan. PAS akan menjadi kuat kata Nik Amar sekiranya bersendirian. Pulanglah bahtera usaha lagi melayari mencari surga di Putrajaya. Sesungguh di Putrajaya tidak ada pintu syurga untuk PAS.Pulanglah ke Kota Bahru dan Kuala Terangganu pengkalan PAS, kerana di sana adanya serambi mekah kalaupun tidak pintu syurga.

Terima kasih PAS, harapan baru untuk PASMA.PASMA masanya sudah sampai tubuhlah politik baru,mulakan kerja-kerja pembaharuan dan selamatkan legasi anak-anak didikan Ustaz Fadzil, kasihanilah kerena abang mereka Ustaz Hadi gagal mengurus penjagaan mereka. Kerana anak-anak didik Fadzil Noor terlalu nakal, melawan dan membantah serta menderhakai si abang mereka. Selamatkan mereka PASMA. Sedih sekali bagaimana anak-anak didikan Fadzil Noor di halau keluar rumah mereka lantaran mengarah si adik-adik baru mensimbahkan asid terhadap mereka. Si abang pastinya tidak akan kembali lagi, untuk apa  yang ada cuma fizikalnya rusak terus cacat selama-lamanya, luka dan buta penglihatan mereka.

PASMA segerakan dan tubuhlah bahtera baru dan selamatkanlah saki baki anak-anak didikan Ustaz Fadzil yang kini masih hidup nyawa-nyawa ikan. Bawalah bahtera baru bersama mereka dan belayar bagi memulakan pasca baru. Biar PAS bersendirian, kerana kata Nik Amar dengan angkuh dan sombong PAS kini sudah kuat,Hadi dan Ahmad Yaakob kata bahtera mereka boleh meninggalkan Pakatan.


Ayo! Parti baru nanti kita boleh mempertemukan kesemua ahli -ahli yang akan menolak tidak mahu menaiki lagi bahtera bersama anak-anak Hj Hadi yang putih bersih. PASMA parti baru nanti boleh mengumpul kesemua NGO-NGO, bersama kita dengan DAP dan KEADILAN bagi merampas kunci di pintu Putrajaya.Perdulikan PAS biar mereka bersendirian di serambi mekah di Kota Bahru dan Kuala Terangganu. Wahai anak-anak warisan didikan Ustaz Fadil  anda semua jangan sesekali menoleh kebelakang melihat bahtera baru yang kini dinaiki anak-anak kecil Hj Hadi. Terus maju bersama PASMA untuk melakarkan wajah baru landskap politik Malaysia.

Monday, May 11, 2015

KERAJAAN PERPADUAN TANPA PEMBANGKANG- HADI AWANG IDEA MERAPU


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SELEPAS kecuh dengan idea kerajaan perpaduan UMNO-PAS,Hj Hadi sekali lagi cuba melontar idea barunya kerajaan Perpaduan tanpa Pembangkang.Lagi idea merapu dan amat mengarut dicetuskan oleh Presiden PAS. Nampaknya beliau amat sangat akhir-akhir ini berminat untuk tidur sebantal dengan UMNO.Tahniah Mohamad Sabu kerana anda berani mencabar idea mengarut Hj Hadi.

Pasca PAS dalam perjalanan panjang yang menuntut banyak pengorbanan untuk menamatkan empayar legasi politik UMNO-BN yang mencengkam rakyat paling hebat dewasa ini.Saya bersetuju dengan Mohamad Sabu agar jangan sesekali kita mempengaruhi ahli-ahli PAS menjadikan tongkat penyelamat UMNO-BN sesudah orang-orang Cina dan India sebelum ini yang merupakan tongkat sakti tempat UMNO bertahan demi kelangsungan survival politik mereka sudah tidak mahu lagi untuk selama-lamanya menongkat UMNO-BN. Pergilah Hj Hadi menongkat UMNO-BN, jangan menodai ahli-ahli PAS sebagai penyelamat UMNO.

Kalau baginilah idea Hj Hadi fikirlah berkali-kali wahai para perwakilan yang akan menentukan pimpinan masa depan PAS yang mula menjadi tidak menentu dan kucar-kacir di bawah era Hj Hadi.Berikanlah ruang kepada kepimpinan baru yang idealistik dan dinamik. Pemimpin yang merapu dan meracau-racau ingin bersama dengan UMNO usirlah mereka dari persada politik PAS. Kita muak dengan pemimpin-pemimpin yang meracau-racau, U-turn dan ketagih dengan idealisme UMNO. Selepas ini kita ahli-ahli PAS tidak mahu mendengar lagi idea merapu ala Hj Hadi . Tidak tahulah kita kemungkinan itulah idea islam Hj Hadi  "Kerajaan Perpaduan Tanpa Pembangkang".yang amat menyeronokkan UMNO-BN mutakhir ini. 


Sunday, April 26, 2015

PASMA POLITIK BARU SELEPAS MUKTAMAR

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
Jamalmd09@yahoo.com

HAMPIR nyata dan pasti PAS bakal akan berpecah sekali lagi. Perpecahan nyata ia menjadi lebih besar dari apa yang berlaku di tahun 1982. PAS akan berbelah dua, memisahkan golongan islam prefesional dengan ulama konservatif . Akan berakhir dalam PAS dan kita pasti tidak kedengaran lagi suara gabungan pentadbiran antara  ulama-prefesional.

Peranan PASMA amat besar sekali, PASMA hampir pasti akan menjadi parti politik terbaru sebagai pemayung bagi menyelamat golongan prefesional yang bakal disisihkan selepas Muktamar PAS Jun nanti. PAS akan kembali ke dunia asal mereka yang sebelum ini diungguli oleh tok-tok guru dan lebai pondok. Parti yang sama sekali tidak layak memerintah Malaysia.

Wajar PAS keluar Pakatan, kerjasamalah dengan UMNO melalui kerajaan UG lebih baik dan masanya telah tiba. Laksanakanlah HUDUD jika UMNO menyetujuinya? itu sahaja matlamat PAS selepas UMNO sokong HUDUD, PAS bolehlah dibubarkan tak perlu lagi menentang UMNO kerana  Malaysia sudah memenuhi kehendak sebagai sebuah negara islam, matlamat perjuangan PAS sudah tercapai apabila melihat HUDUD berjalan di Kelantan. Tidak perlu lagi menentang UMNO. Se jauh itulah cangkatnya pemikiran ulama dalam PAS yang disanjung dan ditatangi oleh puak prefesional selama ini. Peringatan buat golongan prefesional jangan undur sesekali mara dan terus berjuang bagi menumbangkan kerajaan zalim. Jangan lagi anda mengharapkan ulama akan bersama demi merempuh Putrajaya.

Mereka sudah dibuai dengan alunan suara lemak merdu dalam buaian tari meliuk lentuk dibelakang tabir muzik orkestra UMNO. Mereka lupa bagaimana hendak melaksanakan HUDUD dalam acuan sistem pemerintahan yang zalim. Dan adakah pemerintahan yang zalim itu akan mewajarkan HUDUD di laksanakan?

Sedih sekali, kini hancurnya Pakatan Rakyat(kuasa mustajad dari langit) yang zahir mencetus momentum besar bakal merubah lasdskap politik Malaysia tidak lama lagi. Impian kini telah hancur, Pakatan Rakyat punah ranah, PAS terbelah dua. Yang menang dan berjaya UMNO selama-lamanya. PAS tak akan sampai ke mana-mana?????? hanya ilusi dan khayalan belaka. PAS tidak akan boleh memertintah Malaysia.


Saturday, April 19, 2014

MISTERI KEHILANGAN MH370- SATU KRITIKAN TERHADAP UMAT ISLAM




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

MISTERI kehilangan MH370 adalah satu trajidi sedih yang  menimpa seluruh ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan yang bertolak dari KL-Beijing pada 8 Mac 2014. Namun pada saya yang lebih parah di mana maruah umat islam seluruh dunia hari ini. Di ketika kepakaran dunia Timur dan Barat berusaha membantu Malaysia, sebaliknya seluruh dunia islam menyepi tanpa sebarang bantuan dan pertolongan.
 
Jelas lagi terserlah kepada kita betapa umat islam dunia mutakhir amat lemah sekali. Maka layaklah umat islam hari ini diadu domba dan diperkotak kotikkan oleh masyarakat bukan islam di mana-mana. Masyarakat islam seluruhnya hilang deria fardu kifayah yang amat besar.
 
Umat islam kini berada di fasca ketandusan ilmu yang amat dangkal. Jelas cuma  ilmu yang ada pada umat islam hanyalah hadith dan fekah sahaja. Mutakhir seluruh sistem pendidikan dalam dunia islam semata-mata bertumpu terhadap fekah / hadith dan membelakangi ilmu sains(teras fardu kifayah yang dituntuti), sehingga tidak terasa betapa dunia islam dewasa kini telah kehilangan ilmu fardu kifayah yang amat besar ia itu ilmu sains dan teknologi yang dimonopoli blok Barat/Timur.
 
Kenapa umat islam mutakhir bagitu cuai dan terabai sekali dengan ilmu sains(fardu kifayah). Akibat daripada kita umat islam meninggalkan ilmu sains(fardu kifayah) dan hanya semata-mata mengutamakan ilmu fikah dan hadith. Lihat musibah dan bala bencana yang tidak berkesudahan menimpa umat islam di mana-mana.

Ekoran daripada trajidi kehilangan MH 370, dunia islam tidak berupaya membantu Malaysia kerana tidak mempunyai apa-apa alat teknoloji. Umat islam ketandusan ilmu dan deria kering yang kosong. Bisu dan kaku lantaran menjadi masyarakat tidak berupaya. Hanya mengharapkan segumpal doa tanpa iktiar. Selain harapan dan mimpi serta ilusi yang hambar  kosong belaka. Sebaliknya rakan-rakan dari dunia bukan islam bertungkus lumus berusaha, beriktiar melakukan kerja-kerja ibadah fardu kifayah yang diabaikan oleh seluruh umat islam, yang  akhirnya umat islam terpaksa berpuas hati dengan ilmu fekah dan hadith yang tinggal cuma itu sahaja menjadi milik mereka di dunia ini.

Friday, April 19, 2013

SELAMAT BERPILIHAN RAYA




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


KEPADA semua rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi, bangsa, agama, kaum dan etnik akan berpilihan raya pada 5 Mei 2013. Insyaalah pilihan raya kali ini pastinya berlaku satu kejutan(tsunami) besar yang akan melandai distinasi politik negara.Momentum politik Anwar akan pasti berkocak lagi. Sekaligus  akan meranapkan bahtera UMNO-BN pecah berkecai dilautan dalam.
 
Peluang terakhir buat koncu-koncu UMNO-BN, TV1,TV3, Media cetak(Utusan Malaysia,Berita Harian dll). Seluruh instrument yang menjadi talibarut berkerjalah sebagai agen agen fitnah untuk kemenangan tuan mereka(UMNO-BN). Apa pun momokan hampir pasti Pakatan Rakyat akan perintah Malaysia
 
Bersama kita tunggu di malam keputusan PUR ke-13, kita akan melihat bagaimana wajah-wajah para pemimpin UMNO-BN yang bakal akan meninggal Putrajaya. Pakatan Rakyat(PAS-DAP-PKR) konsisten, rakyat kali ini bersama anda. Anwar mencipta sejarah memulakan era Perdana Menteri Malaysia pertama dari parti pembangkang. UMNO-BN parti anda tidak mungkin kekal hingga qiamat.
 
 















Monday, March 12, 2012

BUKU TERBARU DI PASARAN- PRU KE 13 TEORI PAKATAN RAKYAT PERINTAH MALAYSIA



















BUKU terbaru saya kali ini" PRU KE 13 TEORI Pakatan Rakyat Perintah Malaysia" sudah dilambak di pasaran kedai-kedai buku di negara ini. Tulisan yang meramalkan UMNO-BN hampir pasti akan tumbang dalam dalam PRU akan datang perlu di baca semua pendokong politik negara tidak kira apa pun perbezaan ideologi politik.

Teori perubahan undi orang Cina ke Pakatan Rakyat, berakhirnya era politik baka(legasi) dalam UMNO, generasi baru berpendidikan, celik IT menjadi faktur utama saya kemukakan hujah bahawa UMNO-BN akan tumbang dalam PRU ke-13. Anwar Ibrahim penyumbang besar ke arah merubah landskap politik Malaysia.

Boleh didapati di kedai-kedai buku dengan harga RM 15.00(Semenanjung Malaysia) RM 20.00(Sabah/Sarawak). Anda membantu saya bagi menyokong satu perubahan besar dalam politik negara.

Atau boleh menghubungi saya bagi mendapatkan buku terbaru PRU KE 13 TEORI Pakatan Rakyat Perintah Malaysia di alamat:-

PENERBITAN JAMALUDIN
No 10, Bersebelahan Pejabat Pertubuhan Peladang
Kg Sawa Kechil
06700 Pendang
Kedah

Tel : 012-5998382.
e-mail :   jamalmd09@yahoo.com

Saturday, September 24, 2011

HUDUD-TANGGANI DENGAN PENUH KEBIJAKSANAAN






OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SEPATUTNYA isu HUDUD tidak perlu dibangkitkan dalam suasana rakyat sedang menuju ke arah mendepani pilihan raya Umum(PRU ke 13) bila-bila masa dari sekarang. Baik PAS yang mempopularkan isu HUDUD dan Negara Islam manakala DAP yang cauvinist dengan "MALAYSIAN MALAYSIA" harus dilembutkan dengan kefahaman dan ideologi dalam gagasan permaufakatan iaitu ojektifnya ke arah menuju pemerintahan bersama.

Episodnya sekarang mempormulakan kaedah yang menjurus stretegik untuk mencapai kemenangan PRU ke-13. Iniasiatif kearah kemenangan Pakatan Rakyat dan sekaligus tawan Purtajaya. Inilah yang perlu diperlihatkan perbincangan bersama dalam permaufakatan di ketika  suasana mood rakyat umum rata-ratanya meperkatakan situasi pilihan raya di mana-mana.

Matlamat bersama untuk menamatkan era penguasaan UMNO-BN yang terlalu lama memerintah Malaysia. Harapan kita biar UMNO-BN merasakan betapa peritnya derita menghetong erti kekalahan. Baik PAS ataupun DAP, maupun Nik Aziz dan Karpal Singh usahlah menegakkan pengaruh dan kekuatan  masing-masing  kerana mempertahankan ideolgi yang tidak pernah dapat bersama, sebaliknya sentiasa rela dan pasrah menghetong kekalahan demi kekalahan dalam musim-musim pilihan raya.

Kita tidak mahu ketika rakyat mempercayai kita sebagai pemangkin baru yang akan mencetuskan tranformasi politik terkini yang lebih terbuka sifat dan minda. Ketika rakyat rata-ratanya mulai mempercayai dan menyokong PAKATAN untuk perintah Malaysia. Justeru jangan kita merusakkannya dalam sekelip mata. Bersama tumbangkan UMNO-BN dahulu sebelum bercakap mengenai HUDUD dan apa-apa isu yang rakan-rakan dalam PAKATAN  tidak pernah setuju bersama.

Cari isu-isu yang boleh bersama, jangan seringkali mencari isu-isu  kontrovesi yang menjarak dan memisahkan kita untuk bangkit mencipta sejarah kemenangan dan kejayaan Pembangkang untuk perintah Malaysia. Tanya pemimpin-pemimpin besar PAS-DAP,apalah ertinya masuk pilihhan raya setiap kali terpaksa menghetong kekalahan. Kemenangan sentiasa diserakah oleh UMNO-BN.

Jangan sesekali dalam situasi kita mendekati pilihan raya mulai mencipta pelbagai isu-isu yang boleh mengakibatkan UMNO-BN memerangkap kita. PAS-DAP pertingkatkan kematangan berpolitik, elakkan mana-mana pihak yang boleh mencetuskan dari kemungkinan kita terjebak ke dalam perangkap UMNO-BN melalui isu yang kita reka dan cipta sendiri. Kerja-kerja tiada bijaksana dan tiada berhemah ini perlu dihindari supaya PAKATAN tidak terperangkap dalam jerangkap sama yang sentisa dipasang oleh UMNO-BN, lebih-lebih lagi diwaktu-waktu rakyat menghampiri detik-detik PRU ke-13 tidak lama lagi

Carilah isu-isu yang boleh kita bersama dan perkukuhkan PAKATAN. Dan bersedia untuk perintah Malaysia. UMNO-BN cukup seronok kalau PAS-DAP berpecah semula. Itulah kuasa mustajad yang akan membina pengaruh UMNO kembali mendominasi kekuatan politik Malaysia sesudah PRU ke-13. Kalau kita mencipta isu-isu yang tiada boleh disepakati.Maka lihatlah PAKATAN akan punah ranah dalam PRU ke-13. Jangan harap PAS akan bertahan di Kelantan selama-lamanya. Lambat laun kita akan tewas juga. Biar kita tewas kerana ketepatan pilihan rakyat. Sebaliknya jangan kita tewas kerana terperangkap dengan isu yang dicipta sendiri, kerana kita syok sendiri.

Sunday, September 18, 2011

BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH-NAJIB BUKAN MACAM MAHATHIR





OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas.
jamalmd09@yahoo.com

IMEJ Datuk Najib tambah terserlah jika beliau bersedia dan sanggup berhadapan dengan Anwar di mahkamah. Ini tiada dapat dilakukan oleh Tun Mahathir.Harapan saya Najib harus berani menyahut cabaran tuntutan Anwar, jika ini berjaya dilakukan oleh Najib akan terhakislah apa yang didakwa konspirasi tertinggi dalam kes Ketua Pembangkang yang sedang berlansung di Mahkamah ketika ini.

Kehadiran Najib ke mahkamah sudah merupakan satu kemenangan moral yang besar kerana Tun Mahathir sendiri tidak sanggup berhadapan dengan Anwar ketika waktu di sepina dalam kes Liwat 1 dulu. Kehadiran nanti akan memberi kemenangan kedua buat Najib, kerana sempena hari pembentukan Malaysia Najib mengumumkan pemansuhan AKTA ISA. Satu tindakan paling berani. Tahniah saya kepada Datuk Najib, pemansuhan AKTA tersebut pada saya satu kemenangan moral yang cukup besar buat Najib. Pada saya keberanian dan keterbukaan sikap Najib dalam menyahut perjuangan rakyat ke arah kebebasan berdemokrasi dan hak asasi rakyat didaulatkan di negara ini.

Justeru saya menanti kemenangan moral kedua dari Najib iaitu sebagai Perdana Menteri, saya fikir Najib terimalah permintaan mahkamah dan hadir berhadapan dengan Anwar demi kesaksamaan dan keadilan. Kalau ini dilakukan oleh Najib, beliau sesatunya pemimpim contuh"kauwatul hasanah"(role model). Keberanian ini harus diperlihatkan oleh Najib. Kalau tidak beliau tetap di lebalkan antara perancang konspirasi dalam kes Anwar mutakhir ini.


Sunday, August 7, 2011

BERANIKAH NAJIB BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)




KEPUTUSAN hari ini Hakim Zabidin "Mahkamah Benarkan Anwar Temubual PM". Satu berita yang menggembirakan, tetapi mungkin ia tiada menyeronokan Najib dan Rosmah. Kita harap Najib tiada jadi macam Tun Mahathir sekalipun disepina. Beliau tidak berani hadir Ke Mahkmah sewaktu pembicaraan kes Liwat I dulu.


Pada saya Najib mesti lebih berani berhadapan dengan Anwar di Mahkamah. Sekiranya Najib mengelakkan diri dan mengenepikan sepina pihak penguam Anwar. Akan terserlah lagi dakwaan PM dan Rosmah dikatakan terbabit dalam apa yang didakwa oleh pihak Anwar dalam mempertahakan pertuduhan Liwat II semakin mengelirukan


Justeru itu saya syor Najib dan Rosmah perlu hadir ke Mahkamah dan seharusnya tiada rasa gusar sekiranya Najib tidak terlibat dalam merancang konspirasi sepertimana yang didakwa oleh pihak Anwar. Sebab rakyat mahu melihat perbicaraan yang adil dan bersih. Pemimpin berjiwa rakyat yang berjuang untuk rakyat berani berhadapan apa sahaja.


Tetapi apakah Najib bersedia untuk hadir di mahkmah kerana menurut kenyataan Hakim Zabidin lagi"Adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemubual ataupun tidak". Ayat tambahan ini sekaligus membenarkan mereka yang disepina suka hati untuk hadir ataupun sekaliknya?


Terpulang kepada rakyat untuk menilainya.........

Friday, April 8, 2011

VIDEO LUCAH TRIO DATUK T GAGAL MENOLAK ANWAR DARI PERSADA POLITIK NASIONAL

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)


jamalmd09@yahoo.com


ANWAR harus terus gempur BN Serawak, usah perdulikan sama sekali sandiwara pelaku-pelaku disebalik penyebaran video lucah. Rakyat berhak untuk menilai kerana ianya telah disebar secara meluas melalui koncu-kuncu blog UMNO dan media massa talibarut mereka. Sudah puas koncu-koncu mereka bersandiwara, pihak polis di mana waktu siasatannya belum selesai sudah diumumkan ianya tulin, bukan soal tulin atau tiada, tetapi siapa sebenar pelakunnya. Wajah iras Anwar, tetapi belum pasti ianya Anwar? Teknoloji hari ini semakin tinggi,wang palsu boleh dicipta dan sukar sekali untuk dikesan, telor tiruan juga sudah memasuki pasaran, apatah hendak dihairankan dengan video lucah kerana tekniknya boleh direka cipta.


Saya percaya tiada ramai rakyat yang mempercayainya. Kecuali setengah daripada ahli-ahli UMNO tegar. Orang PAS sukar hendak menerimainya, orang Cina dan India juga ramai. Dan saya amat cukup yakin sandiwara video lucah Trio Datuk T tidak berupaya untuk mengeluarkan Anwar dari persada pentas politik Nasional. Rencana tersebut adalah antara rentetan serangan demi serangan untuk menyukarkan pergerakan Anwar dalam mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat untuk menawan Putrajaya. Sandiwara ini akan lebih mempertingkat rakyat jelata menjadi lebih bersimpatik dengan Anwar.


Penentang dan musuh-musuh politik Anwar sudah kehabisan idea untuk menamatkan kerier politik DSAI. Anwar tiada akan tumbang dengan serangan Trio Datuk T yang mendapat perlindungan elit atasan politik UMNO. Anwar hendaklah istiqamah dan konsisten, insyaalah laluan mudah untuk beliau akan sampai ke Putrajaya kian hampir. Rencana jahat ini tiada akan berupaya mematikan gerak langkah politik Anwar, kerana kekuatan Anwar rakyat bersamanya. Siri-siri fitnah itu sekadar ujian, dan tiada semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras dapat menerima segala fitnah-fitnah dan pakatan jahat terhadapnya selama ini. Insyaalah Anwar akan menang.

Wednesday, April 6, 2011

ANWAR TERUSKAN-JANGAN TUNDUK DENGAN FITNAH MUTAKHIR




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)



SEMAKIN hebat semakin berat ujian getir terhadapmu DSAI, dari isu liwat 1997/1998, ke isu fitnah ke 2 kes Shaiful dan terkini Dato T dengan kembara video lucah yang menggegarkan. Apa pun rencana dan pakatan jahat untuk menamatkan kerjaya politik Nasional anda belum tentu berjaya. Waktu anda di penjara Sg Buluh dahulu, para konspirasi politik dalam UMNO telah berkenduri besar bagi merayakan kejatuhan anda dari pentas politik negara. Tetapi percayai wahai DSAI terhadap segala apa yang ditakdirkan oleh AllahSWT melalui firmannya "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangnya kecuali Dia. Dan jika AllahSWT menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNYA, Dia memberi kebaikan itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNYA. Dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang(Surah Yunus ; ayat 107) Harapan saya sekalipun hebat dan segetir mana usaha mereka untuk memindahkan kamu dari persada politik Nasional belum tentu mereka akan berjaya. Jatuh bangun semula, masuk keluar penjara, konspirasi, fitnah dan terkini sebaran video lucah yang cukup memalukan bukan sekadar anda dan seluruh keluarga, tetapi kesan amat mendalam terhadap satu jenerasi Melayu mutakhir. Sekalipun pentas politik Melayu disimbah kekotoran yang menjijikan. Belum tentu DSAI akan tewas dalam politik Nasional. Pada saya ini ujian dan sunatulah terhadap pejuang tulin dan kental. Diuji, diseksa, dipenjara dan difitnah oleh musuh-musuh politik dan akhir anda akan kembali menguasai politik Nasional. Inilah yang amat menakutkan tokoh-tokoh besar UMNO terhadap anda. Justeru itu, ia tidak harus merasa gusar dan menghairankan, memang fitrahnya bagitu. Jangan perdulikan halangan itu dan "LAWAN TETAP LAWAN".

Friday, October 1, 2010

SANDIWARA UMNO PULAU PINANG



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SANDIWARA UMNO Pulau Pinang menyerlah satu lagi kejahilan dalam mentafsiri hukum-hukum Islam. Pandangan dalam Islam jelas, di mana wang judi arak yang diberikan kepada orang miskin tidak bercanggah sama sekali. Penerima-penerima tiada terjejas keislamannya. Yang berdosa dan bersalah adalah penjudi-penjudi.

Menderma wang judi dan arak untuk kepentingan umum adalah dibolehkan dalam ajaran Islam. Sekali lagi UMNO Pulau Pinang mempolitikkan isu yang seolah-olah meludah ke langit yang kesudahannya jatuh menimpa batang hidung sendiri. Terserlah sandiwara UMNO memakan tuannya lagi.

Persoalannya bagaimana pula dengan hasil kutipan cukai kerajaan pusat terhadap premis-premis judi, Toto, Empat No, arak dan lain-lain, sudahkah UMNO Pulau Pinang pasti ke mana hasil cukai tersebut yang disalurkan oleh kerajaan pusat? Salahkah kiranya wang hasil kutipan cukai kerajaan pusat terhadap premis empat No, toto dan arak itu disalurkan bagi membayar gaji kakitangan kerajaan, untuk pembenaan-pembenaan kepentingan umum. Apakah UMNO Pulau Pinang tiada sedar tentang perkara ini sekian lama terlah berlaku dalam kerajaan pusat?

Disamping itu sikitkah agen-agen UMNO yang adakaitan dengan perniagaan saham-saham dalam bentuk perjudian di Negara ini? Apakah orang-orang UMNO bebas dari terlibat dengan perkara tersebut.

Nampaknya UMNO Pulau Pinang kehilangan kewarasan pemikiran dalam usaha untuk menghadapi kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Apa bezanya antara Lim Guan Eng dengan Tan Kho Soon dan Lim Chong Eu. Justeru itu kemukakan idea-idea yang bernas bagaimana hendak memperkuatkan orang-orang Melayu di Pulau Pinang, dilemma Melayu Pulau Pinang sejarahnya adalah 50 tahun berlalu dan ia ada kaitan dengan kepimpinan Melayu dalam UMNO itu sendiri.

Tuesday, August 31, 2010

PAS MISTI LEPASI POLITIK PERKAUMAN/AGAMA

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com


PARTI ISLAM SE MALAYSIA(PAS) kini telah menuju kematangan politik. Kematangan politik terbaru dalam PAS mutakhir amat merisaukan UMNO. Hasil daripada permaufakatan PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, mula memperlihatkan betapa PAS telah malangkah sekali gus berupaya merentasi kemelut perkauman dan kesempitan agama.

Detik mutakhir politik Malaysia memperlihatkan PAS maju ke depan berbanding dengan UMNO. Persoalan terbaru gagasan Islam yang dikemukan oleh PAS sudah tiada digusari lagi oleh kalangan bukan Islam di negara ini, terutama sekali DAP sudah menunjukkan perubahan sikap yang amat positif. Persoalan kontrovesi baca Kutbah Jumaat di Permatang Pauh yang memohon kesejahteraan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, telah tercetus satu kemelut dan kebuntuan orang Islam selama ini yang cangkat ilmu keagamaan berpendapat doa kepada orang bukan Islam adalah satu kesalahan dan bercanggah dengan ajaran Islam. Ini antara warisan isu politik sensasi akhir-akhir ini, di mana serangan-serangan daripada UMNO mendakwa PAS sudah melakukan satu penyelewengan besar ekoran daripada doa tersebut. Jawapan sebenar Islam itu amat luas dan UMNO rupa-rupanya yang cetak ilmuan.....

Tanpa disedari kita telah banyak mendoakan kesejateraan untuk orang yang bukan Islam di negara ini baik UMNO atapun PAS, kalau orang Melayu tiada mudah lupa sebelum dan sudah ini terdapat doa doa untuk kemenangan calun bukan Islam dalam musim-musim pilihan raya turut dibaca dan diaminkan oleh para pendoa-pendoa di hari-hari penamaan calun. Justeru apa yang hendak dipolitikkan pula dengan isu dalam khutbah jumaat di Permatang Pauh oleh Ustaz Zakaria Ahmad yang disensasikan oleh UMNO, terutamanya oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi?

Malah kita terlupa juga saban hari kita mengungkap salam kepada seluruh rakyat Malaysia melalui "SALAM SATU MALAYSIA". Maknanya salam untuk keamanan dan kesejahteraan dalam ungkapan "SALAM SATU MALAYSIA" secara tiada langsung pada keseluruhannya adalah dikhususkan khas kepada seluruh orang-orang Islam dan bukan Islam di negara ini. Pada pendapat dan pandangan orang-orang UMNO apakah itu bukannya doaaaaa.... Inilah yang dimaksudkan kecetakan dan kedangkatan ilmu-ilmu keagamaan yang maha luas merentasi lautan dan benua sukar untuk kita menterjemahkannya.

Politik terbaru PAS kini dalam konteks Islam nampaknya ia mulai mudah diterima oleh kalangan bukan Islam, politik yang tiada jumud dan terbuka luas(shumul dan kamil) lengkap dan sempurna, saya fikir PAS akan lebih berjaya dalam politik masa depan berbanding dengan UMNO yang mulai bukan sahaja kehilangan sokong orang-orang Melayu sendiri, malah orang-orang bukan Islam sudah nampak keselesaan mereka bersama PAS. Inilah dilema UMNO untuk menghadapi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Selamat berpuasa dan menyambut lembaran hari Raya Aidil Fitri tiada lama lagi.

Sunday, August 22, 2010

SUHU POLITIK SEMAKIN PANAS



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA (Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com
Di TENGAH-TENGAH Ramadan yang shadu, tiba-tiba suhu kepanasan politik mulai bergeledak. Kali ini timbul isu Kutbah Jumaat di Pulau Pinang yang mendoakan kesejahteraan ketua Menteri kerajaan Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng dan dikatakan juga ianya mengenepikan yang di Pertua Agong.

Isu ini jika dibicarakan cangkat politik,umumnya seseolah ia menodai kesucian Islam, malah juga boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini. Malah sekaligus turut membangkitkan masalah perkauman.

Saya respon dalam tulisan ini dan bersetuju dengan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri bahawa doa untuk orang bukan Islam bukanlah satu kesalahan dan dosa. Di sini kita memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap isu yang dibangkitkan. Saya percaya ramai umat Islam terkerliru dengan isu ini, kerana lazimnya ia jarang-jarang berlaku. Oleh kerana orang-orang Melayu/Islam sikapnya terlalu mudah lupa. Maka isu yang amat kecil ini turut diperbesar-besarkan yang mana sekaligus memungkinkan boleh turut mencetus satu gelombang amarah umat Islam di negara ini, terutamanya dari kalangan orang-orang UMNO.

Kalau kita tiada hilang ingantan(mudah lupa)sepertimana kata Dr Mohd Asri, kita seringkali mendoakan kemenangan calun-calun bukan Islam dalam satu-satu pilihanraya, teruatama waktu-waktu dihari penamanaan calun. Apakah bezanya mendoakan kemenangan calun-calun yang bukan Islam dalam musim-musim politik pilihan raya dengan doa dalam kutbah jumaat yang memohon kesejahteraan kerajaan Lim Guan Eng. Saya kira ini bukan isu besar untuk umat Islam UMNO/PAS bertelagah.

Pokoknya UMNO/PAS hendaklah rasional, jangan mempolitikkan isu terpencil ini menjadi satu isu panas mengelegak. Saya juga bersetuju dengan Dr Mansor, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang agar isu tersebut disiasat terlebih dahulu. Saya juga bengong dengan serangan yang dilemparkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiada bersalah dalam isu tersebut yang mana sekaligus seseolah beliaulah pendurjananya.

Apa pun kita tunggu komen-komen Mufti Perak, Datuk Harusani. Boleh atau salah jika mendoakan kesejahteraan kepada orang-orang bukan Islam?